NATIONAL
Dua pelajar maut, motosikal ditunggang bertembung

Dua pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan motosikal di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol. -IPD Jempol
SEREMBAN: Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini awal pagi tadi.
Ringkasan AI
- Dua pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan motosikal di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
- Kejadian berlaku pada pukul 3.20 pagi, dipercayai semasa salah seorang mangsa mendaki bukit dan dilanggar oleh penunggang lain dari arah bertentangan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat untuk membantu siasatan.
"Setiba di lokasi kejadian, semasa bergerak mendaki bukit, remaja itu dipercayai telah dilanggar oleh seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami