Skip to main content

Malaysia

Penarikan balik dan permohonan maaf tanpa syarat kepada Datuk Vinod Sekhar

LOGO ASTRO AWANI
Kami dengan tegasnya menarik balik artikel tersebut dan dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam penerbitan tersebut. Artikel tersebut telah diterbitkan tanpa berbincang dengan Datuk Vinod Sekhar untuk mendapatkan apa-apa komen atau penjelasan berhubung dengannya. - Gambar fail Astro AWANI
Advertisement

ASTRO AWANI dengan ini menerbitkan penarikan balik sepenuhnya dan tanpa syarat terhadap kenyataan-kenyataan serta permohonan maaf yang tulus dan ikhlas kepada Datuk Vinod Sekhar (Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petra Group) dan Petra Group of Companies, berhubung dengan suatu artikel yang diterbitkan di portal kami pada 29 November 2021.

Artikel tersebut bertajuk “Pejabat Vinod Sekhar diserbu? Ada dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram, lapor MalaysiaNow”.

Penarikan Balik Dakwaan-Dakwaan

Kami dengan tegasnya menarik balik Artikel tersebut dan dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam penerbitan tersebut. Artikel tersebut telah diterbitkan tanpa berbincang dengan Datuk Vinod Sekhar untuk mendapatkan apa-apa komen atau penjelasan berhubung dengannya.

Permohonan Maaf Kami

Kami difahamkan bahawa penerbitan artikel tersebut telah menyebabkan kesan negatif kepada reputasi perniagaan, maruah dan muhibah Datuk Vinod Sekhar dan Petra Group. Kami telah dimaklumkan bahawa tiada “serbuan” sedemikian berlaku. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk Vinod Sekhar tidak pernah disoal siasat oleh SPRM dantiada siasatan terhadap beliau atau Petra Group wujud.

Astro AWANI tidak mempunyai agenda peribadi, permusuhan atau niat buruk terhadap Datuk Vinod Sekhar. Kami menyampaikan permohonan maaf kami yang tanpa syarat, tanpa sebarang batasan dan tulus ikhlas kepada Datuk Vinod Sekhar dan Petra Group atas penerbitan Artikel tersebut Tiada niat untuk mencemarkan nama atau reputasi Datuk Vinod Sekhar melalui penerbitan tersebut.

ASTRO AWANI

Must Watch Video

Advertisement