awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar TAR UMT mati terjatuh saling tidak mengenali

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/08/2025
12:37 MYT
Dua pelajar TAR UMT mati terjatuh saling tidak mengenali
Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku secara kebetulan apabila kedua-dua mangsa maut pada hari yang sama di lokasi kondominium sama. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Siasatan mendapati dua penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) yang maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Taman Melati, di sini, pada 20 Ogos lalu tidak saling mengenali.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku secara kebetulan apabila kedua-dua mangsa, iaitu seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun, maut pada hari yang sama di lokasi kondominium sama.
"Hasil siasatan kita dapati kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang kaitan serta tidak mengenali antara satu sama lain.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan serta Siasatan Kematian Mengejut (SDR)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Fadil berkata, pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti sekiranya wujud elemen buli yang mendorong kepada insiden berkenaan.
Katanya, beberapa lagi keterangan individu akan direkodkan bagi melengkapkan siasatan dan setakat ini pihak polis berpuas hati dengan perkembangan siasatan.
Dalam kejadian itu, insiden pertama dilaporkan berlaku pada jam 6.48 pagi apabila seorang pelajar wanita terjatuh dari tingkat 22 sebelum ditemukan di tingkat lapan kondominium berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.
Kemudian, pada pukul 9.35 malam hari sama, seorang pelajar lelaki pula dilaporkan terjatuh dari tingkat 35 dan ditemukan di bahagian belakang bangunan sebelum turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat pelbagai kecederaan parah selepas terjatuh dari tempat tinggi dan polis mengesahkan tiada unsur jenayah.
Topic Berkaitan
#dua penuntut maut
#Polis Diraja Malaysia
#TAR
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan