awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal dinaiki terbabas

Bernama
Bernama
04/01/2026
21:45 MYT
Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal dinaiki terbabas
Dua pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Rembau maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina, pada petang Ahad. - Gambar IPD Rembau
SEREMBAN: Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, dekat sini, maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina, pada petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Rembau, Supt Hasani Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Ismawanie Husna Ismail, 19 dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika masing-masing yang juga pelajar Diploma Pengurusan Maklumat serta Diploma Komunikasi dan Media dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina dalam keadaan cuaca baik.
"Apabila tiba di jalan selekoh, motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pelajar UiTM maut
#UiTM Rembau
#motosikal terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan