awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelatih lari dari Puspen Bukit Chabang, Op Tutup dilancar

Bernama
Bernama
08/05/2022
09:08 MYT
Dua pelatih lari dari Puspen Bukit Chabang, Op Tutup dilancar
Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat. - Gambar hiasan
KANGAR: Polis sedang memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang, Beseri yang melarikan diri semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abudullah berkata kedua-dua tahanan lelaki itu masing-masing berusia 51 dan 44 tahun.
"Kali terakhir salah seorang tahanan dilihat memakai baju berwarna kuning dan berseluar 'track' warna gelap, manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih dan berseluar 'track' gelap " katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Katanya pengurusan Puspen membuat laporan berhubung kejadian itu semalam dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat.
Beliau berkata Op Tutup disertai oleh tujuh pegawai dan 53 anggota polis dibantu oleh seorang pegawai dan sembilan anggota dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.
'Polis turut melakukan tiga sekatan jalan raya dibantu oleh Pasukan Gerakan Am," katanya.
Mohd Shokri berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan (kecuaian penjawat awam membiarkan seseorang lari dari tahanan) dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan (tentangan atau halangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang).
Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9492222 dan 04-9491481.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan PUSPEN
#bukit chabang
#Sekatan Jalan Raya
#Op Tutup
#padang besar
#AADK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan