awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemancing ditemui selamat selepas dilapor hilang pada Selasa

Bernama
Bernama
19/12/2024
14:25 MYT
Dua pemancing ditemui selamat selepas dilapor hilang pada Selasa
Kedua-dua mereka dijumpai bersama jet ski terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong pada 3.45 petang. - APMM
SHAH ALAM: Dua lelaki tempatan ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika keluar memancing di kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong, Selasa lepas.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh dalam kenyataan berkata kedua-dua mereka dijumpai bersama jet ski terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong pada 3.45 petang hasil maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah.
"Anak kepada salah seorang mangsa memaklumkan bahawa Shahrul Hisham Mohd Tahir, 50, dan Micheal Januarius, 68, keluar memancing (pada 11.30 pagi) dengan menaiki jet ski sebelum dilaporkan hilang.
"Susulan itu, Sub Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada 2 pagi, 18 Dis dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Royal Youth Club Selangor," katanya.
Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah, Pelabuhan Klang dan selamat tiba pada 8.35 malam semalam.
Abdul Muhaimin berkata mangsa memaklumkan jet ski yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin berikutan tali sauh tersangkut pada bahagian pendesak (impeller).
"Susulan itu, APMM menasihati komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing
#ditemui selamat
#pulau pintu gedong
#Jabatan Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan