Polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki yang diburu kerana membunuh seekor kucing secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi di Taman Gombak Ria, di sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua suspek itu ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar daerah Gombak.
"Polis bagaimanapun memburu seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Semalam, polis mendedahkan gambar tiga individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Kejadian Rabu lalu itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan dan tular di Facebook sehingga mengundang kemarahan netizen.
Menerusi rakaman dua minit 50 saat itu, salah seorang suspek yang juga pelanggan dobi berkenaan dilihat memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering.
Manakala, bangkai kucing dikatakan ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada keesokan harinya oleh pelanggan yang mahu menggunakan mesin pengering berkenaan.
Astro Awani
Fri Sep 14 2018
Kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar daerah Gombak.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
Lelaki tikam, cuba rompak wanita di kedai dobi dipenjara 7 tahun, 4 sebatan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana cuba merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita di sebuah kedai dobi.
Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.
Lelaki tikam wanita di kedai dobi layan diri diberkas
Lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam di kedai dobi di Kuala Nerus Sabtu lepas, berjaya diberkas polis.
Wanita dikompaun bergelang 'pink' ke kedai dobi
Seorang wanita dikenakan kompaun RM1,500 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pemilik kedai dobi layan diri dikompaun RM25,000 boleh buat rayuan - Polis
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, selain itu, pemilik berkenaan juga boleh hadir di mahkamah dan minta dibicarakan.
Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu
Operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.
Kawasan larangan merokok akan diperluas ke kedai dobi - Dr Dzulkefly
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ketika ini hanya sembilan kawasan premis makan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa mulai 1 Januari.
Samun kedai dobi: Pembantu kedai dihukum penjara 12 tahun, 9 sebatan
Tertuduh Muhamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kali kedua di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Sungai Petani, N.Priscilla Hemamalini.
Dua pembunuh kucing ditahan, seorang lagi diburu polis
Polis berjaya menahan dua daripada tiga lelaki yang diburu kerana membunuh seekor kucing secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi di Taman Gombak Ria, di sini.