awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pendaki Malaysia hilang di Gunung Damavand Iran

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2016
08:11 MYT
Dua pendaki Malaysia hilang di Gunung Damavand Iran
Pemandangan Gunung Damavand di Tehran, Iran - Gambar: REUTERS/Morteza Nikoubazl
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa dua pendaki warga Malaysia dilaporkan hilang di Gunung Damavand, Iran sejak hari Ahad, 20 November 2016 selepas terpisah dari ahli kumpulan pendaki yang lain.
Mereka yang hilang dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50 dan Ramli Abdul Majid, 44, menurut rakan mereka, Mad Shah Miour Mat Kosim yang dihubungi Astro AWANI.
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan sebanyak empat pasukan penyelamat telah dikerah bagi operasi mencari dan menyelamat.
"Kementerian Luar Negeri berharap agar kedua-dua pendaki tersebut ditemui segera dalam keadaan selamat."
"Kementerian juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Iran dalam membantu operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pendaki tersebut," kata Reezal Merican dalam satu kenyataan hari ini.
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.
Warganegara Malaysia yang menetap atau mengadakan perjalanan ke luar negara juga dinasihati agar mendaftarkan diri dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di negara tersebut, terutamanya bagi tujuan kecemasan.
Topic Berkaitan
#Damavand
#hilang
#Iran
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan