awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penerbangan balik jemaah haji dijadual semula, TH utamakan keselamatan

Bernama
Bernama
24/06/2025
12:02 MYT
Dua penerbangan balik jemaah haji dijadual semula, TH utamakan keselamatan
Pihak Tabung Haji menyatakan, kesemua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan dua penerbangan balik jemaah haji dijadualkan semula atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan disesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua penerbangan itu melibatkan KT043 (MH8301) yang dijadualkan berlepas dari Madinah pada 5.10 pagi (waktu Arab Saudi) hari ini, manakala satu lagi penerbangan iaitu KT034 (MH8291) yang dijadualkan berlepas dari Jeddah pada 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari ini.
"Kedua-dua penerbangan carter haji ini telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal. Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik.
"Kesemua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka," menurut kenyataan itu.
TH turut memaklumkan koordinasi di lapangan terbang sedang giat dijalankan antara pihak syarikat penerbangan dan TH bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah.
Setakat ini, sebanyak 39 penerbangan telah tiba di tanah air dengan baki 61 penerbangan lagi dan TH akan memaklumkan dari semasa ke semasa sebarang perkembangan lanjut, termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#penerbangan pulang
#jemaah haji
#aspek keselamatan
#penjadualan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan