Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Ab Rauf kekal Ketua Menteri, watikah pelantikan malam ini - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid semasa sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Ahmad Zahid semasa sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk meneruskan khidmat sebagai Ketua Menteri Melaka susulan kejayaan gabungan itu memperoleh majoriti kukuh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata watikah pencalonan berkenaan akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, malam ini.

“Dengan ini, BN dan PN mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Advertisement

“Watikah berkenaan akan saya utuskan malam ini kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu.

Advertisement

BN dan PN secara tidak rasmi menang 24 kerusi pada PRN Melaka, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri .

Must Watch Video

Advertisement