awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh ahli perniagaan

Bernama
Bernama
21/07/2022
09:52 MYT
Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh ahli perniagaan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang ditemukan terbaring berlumuran darah berhampiran keretanya yang diletakkan di luar kawasan perumahan.
M.Hariadasan, 28, dan G.Sathorohgunosing, 32, didakwa bersama-sama dengan seorang yang masih bebas membunuh Goh Chok Chuan, 63, di parkir kereta berhampiran pondok pengawal Amarin Kiara, antara 11.40 malam hingga 11.55 malam, 11 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Pada 12 Julai lepas, media melaporkan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Syukor dalam kenyataan berkata saksi kejadian mendengar tiga das tembakan dilepaskan sebelum menemukan mayat mangsa.
Beliau berkata lelaki berkenaan dikatakan bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara dan dilapor ditembak berdekatan keretanya yang dipakir berhampiran pondok pengawal di luar kawasan perumahan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#kes bunuh
#ahli perniagaan
#Goh Chok Chuan
#M Hariadasan
#G Sathorohgunosing
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan