awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/09/2024
02:10 MYT
Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Pihak polis terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri. - Astro AWANI
NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang menembak mati dua lelaki warga Vietnam yang terlibat dalam 11 kes pecah masuk kilang, gudang serta tebuk peti besi di Pulau Pinang dan Kedah dalam kejadian di Lorong Perindustrian 4, Bukit Panchor Nibong Tebal awal pagi hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 38 dan 39 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan kilang tersebut.
Hamzah berkata, polis yang terserempak dengan suspek telah meminta mereka berhenti untuk melakukan pemeriksaan bagaimanapun suspek yang bersenjatakan parang bertindak menyerang pasukan polis.
Ekoran itu, pihak polis terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri.
Mengulas lanjut Hamzah berkata, hasil semakan lanjut mendapati mereka ini aktif dalam kegiatan tersebut sejak 2017 dan keluar masuk negara menggunakan pas pelancong.
“Siasatan mendapati dua suspek ini antara rangkaian sindiket didalangi warga sama yang mensasarkan kilang, gudang untuk dipecah masuk sebelum melarikan aset termasuk wang tunai dalam peti besi premis tersebut.
"Bagaimanapun, kita masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti sama ada wujud penglibatan orang dalam premis atau sebaliknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS) di Jawi, hari ini.
Polis turut merampas dua bilah parang, pelbagai peralatan yang disyaki digunakan suspek dalam kegiatan pecah masuk premis dan bangunan .
Selain itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Waja yang digunakan suspek ketika kejadian.
Hamzah berkata, dengan tertumpasnya dua suspek itu, pihak polis berjaya menyelesaikan enam kes dalam Kontinjen Pulau Pinang dan lima kes Kontinjen Kedah melibatkan kerugian lebih RM 317,700.
Hamzah berkata, suspek yang mati masing-masing mempunyai enam rekod jenayah lampau.
Beliau berkata mayat dua suspek itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#penjenayah
#kilang
#Hamzah Ahmad
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan