awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penunggang motosikal maut dirempuh SUV

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2023
10:53 MYT
Dua penunggang motosikal maut dirempuh SUV
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang meragut dua nyawa penunggang motosikal di Jalan Pulai Gadong pada Isnin. - Foto PDRM
MELAKA: Seorang remaja dan kerani wanita maut selepas motosikal yang ditunggang kedua-dua mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pulai Gadong di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi, mangsa Nur Azrin Noriman,18, menunggang motosikal jenis Honda EX5, manakala Nurul Rahimah Samad, 32, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15, masing-masing dari arah Pulau Gadong menghala ke arah Klebang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Hyundai Tuscon yang dipandu individu berusia 36 tahun dari arah Klebang menghala ke Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan notis Pol.61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ujarnya, pemandu kereta yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit hanya mengalami cedera ringan dan luka di bahagian muka.
'Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja maut
#motosikal dirempuh SUV
#Pulai Gadong
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan