awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/07/2020
16:06 MYT
Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung
Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.
Dua penunggang maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Sungai Tiang, hari ini.
Dalam kemalangan jam 1.50 petang itu, mangsa, Muhammad Ammar Hakimi Ariffin, 16, dari Kampung Sawa Kechil dan Ja'afare Hanaffi, 49, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.
Remaja berusia 16 tahun itu adalah pelajar Sekolah Vokasional di Perlis manakala Ja'afare pula bekerja sebagai pekebun.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika remaja terbabit datang dari arah Sungai Tiang dipercayai masuk ke laluan sebuah lagi motosikal yang datang dari arah Kampung Baru.
Akibat perlanggaran itu, motosikal yang ditunggangi remaja itu tercampak ke dalam kawasan semak di sebelah kanan jalan manakala seorang lagi mangsa tertiarap di atas jalan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#dua penunggang
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Ja'afare Hanaffi
#Jalan Sungai Tiang
#Kampung Sawa Kechil
#Muhammad Ammar Hakimi Ariffin
#penunggang motosikal
#Polis Daerah Pendang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan