awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan bebas daripada pertuduhan edar, miliki dadah

Bernama
Bernama
06/06/2023
10:10 MYT
Dua rakan bebas daripada pertuduhan edar, miliki dadah
Seorang ejen pelancongan dan rakan wanitanya hari ini menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas serta membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, dua tahun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang ejen pelancongan dan rakan wanitanya hari ini menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas serta membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Amirul Irfan Tamby Sudeen, 32, dan warga Indonesia Sulaiha Setyawati, 30.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata adalah menjadi tugas pendakwaan untuk mengemukakan keterangan bagi menunjukkan bahawa individu lain mempunyai akses sebelum serbuan dilakukan ke atas sebuah bilik di mana dadah terbabit dijumpai.
"Oleh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kemungkinan terdapat akses individu lain ke atas premis itu maka tidak boleh dikatakan hanya tertuduh pertama dan kedua yang mempunyai akses ke atas premis tersebut," katanya.
Amirul Irfan dan Sulaiha didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Sentul Perdana di sini pada 6 petang 23 Jun 2021.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala peguam Datuk Hariharan Tara Singh mewakili kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua rakan bebas
#pertuduhan edar dadah
#Amirul Irfan Tamby Sudeen
#Sulaiha Setyawati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan