DUNGUN: Kegembiraan tiga rakan mandi di Pantai Teluk Lipat di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan lemas dalam kejadian petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun yang juga Komander Operasi Shahrizal Shamsudin berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Mohammad Atiff Farrdugi Zainudin, 11, dan Muhammad Danish Mikail Abdullah, 9, ditemukan lemas manakala rakan mereka Ahmad Azril Farhan Mat Zain,11, selamat.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang tadi dan 22 anggota dari BBP Dungun, BBP Chukai dan BBP Kuala Berang bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera.
"Apabila sampai ke lokasi kejadian, kita terima maklumat daripada orang awam bahawa tiga kanak-kanak tersebut mandi di pantai sebelum dua daripada mereka disyaki lemas dan seorang selamat," katanya dalam kenyataan semalam.
Shahrizal berkata Mohammad Atiff Farrdugi ditemukan pada 4.55 petang disusuli penemuan Muhammad Danish Mikail pada 6.24 petang masing-masing pada jarak kira-kira 150 dan 300 meter dari lokasi mereka disyaki lemas.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi pencarian ditamatkan pada 6.50 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Salah seorang mangsa ditemukan pasukan penyelamat pada jam 4.55 petang kira-kira 150 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas. - Foto BBP Dungun/Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Dua rakan lemas ketika mandi di Pantai Teluk Lipat
Mohammad Atiff Farrdugi Zainudin dan Muhammad Danish Mikail Abdullah, ditemukan lemas manakala Ahmad Azril Farhan Mat Zain, selamat.
Ditarik ombak besar, tiga beradik dikhuatiri lemas di Dungun
Difahamkan ibu bapa mangsa tidak mengikuti percutian tersebut dan berada di kampung ketika kejadian.