Kegembiraan percutian tiga beradik bertukar tragedi apabila mereka dikhuatiri lemas ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang Ahad, mangsa yang berumur di antara lima dan 10 tahun itu hilang dipercayai dihanyutkan arus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Saifuddin Muhammad berkata tiga kanak-kanak berkenaan, Nurain Sasabila Zawawi, 5, Nurain Sufia, 8, dan Nurain Fatma, 10, berasal dari Rantau Panjang, Kelantan datang bercuti ke pantai bersama anggota keluarga mereka.
Difahamkan ibu bapa mangsa tidak mengikuti percutian tersebut dan berada di kampung ketika kejadian.
"Maklumat awal mengatakan Nurain Sasabila dan kakaknya, Nurain Sufia dikatakan pergi ke pantai untuk mengambil angin dengan mak saudara mereka.
"Difahamkan ombak terlalu besar dan menarik mangsa ke arah laut. Kakak sulung mereka, Nurain Fatma cuba untuk menyelamatkan adik-adiknya tetapi turut ditarik ombak dan ketiga-ketiga mangsa terus dihanyutkan ombak ke tengah (laut)," katanya sepertimana dilaporkan Bernama.
Saifuddin berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada kira-kira 7.09 malam tadi bersama 11 anggota bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama agensi keselamatan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam.
"Buat masa ini, pihak kami hanya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pesisir pantai berikutan cuaca yang gelap dan ombak besar.
"Operasi akan bersambung pada pagi esok dengan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 dan unit selam skuba bagi mencari ketiga-tiga mangsa," katanya.
Bernama
Sun Dec 30 2018
Pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian. -Astro AWANI
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Mayat hampir reput ditemui dalam belukar di Dungun
Mayat tanpa identiti itu dijumpai seorang penduduk ketika sedang mencari kayu di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 3.20 petang.
Isteri cedera ditetak selepas minta cerai
Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Dungun.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu
TNB membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi tadi berikutan keadaan hujan dan banjir.
Kali pertama dilanda banjir selepas 40 tahun
Hujan lebat berterusan sejak Sabtu menyebabkan penduduk di gugusan Felda Kerteh di sini berdepan bencana banjir luar jangka yang disifatkan sebagai pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun.
Hujan berterusan tahap bahaya dijangka di Terengganu hingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok.
Kanak-kanak 2 tahun ikut bapa memancing ditemui lemas
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas di sebuah kolam memancing di Bandar Bukit Besi, Dungun pada Sabtu.
Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.
Tukang rumah direman, bantu siasatan bunuh isteri dengan tukul besi
Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya menggunakan tukul besi.
SAR cari nelayan hilang jatuh laut ditamatkan
Operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot di perairan Pulau Tenggol, Dungun sejak Selasa lalu terpaksa ditamatkan pada Sabtu.
Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.