TEMERLOH: Aktiviti lima rakan memancing ikan bertukar tragedi selepas dua daripada mereka maut dipanah petir ketika berada di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang pada petang Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20 dari Kampung Rantau Panjang, di sini dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27, dari Jalan Setia, Lanchang meninggal dunia akibat kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan (KK) Lanchang.
Menurutnya, mangsa bersama tiga lagi rakannya berusia antara 22 hingga 47 tahun pergi ke kolam memancing tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari.
BACA: 10 langkah elak jadi mangsa panahan petir
"Sebelum kejadian, dua mangsa terbabit dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir.
"Seorang rakan mereka pula balik ke rumah untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Ujarnya lagi, dua lagi rakan mengambil joran untuk pulang sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah dan dipercayai pengsan.
"Mereka terus membawa mangsa ke KK Lanchang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan
"Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk dibedah siasat," katanya lagi.
Berita asal: Dua rakan maut dipanah petir
Sinar Harian
Sun Apr 25 2021

Dua lelaki yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di KK Lanchang, pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Penyakit cacar monyet meningkat di Eropah
Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara Portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Keanggotaan NATO | AS sokong penuh Sweden dan Finland
Amerika Syarikat beri sokongan penuh kepada Sweden dan Finland yang membida keanggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO. Presiden Joe Biden berjanji, Amerika akan kekal membantu dua negara ini sekiranya ia diancam Rusia.

Cacar Monyet | Kes di Eropah meningkat
Eropah dalam keadaan berjaga-jaga susulan beberapa negara mengesan kes jangkitan cacar monyet, pada Rabu. Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Projek Tenaga | EU mahu bina projek kincir angin
Empat negara Kesatuan Eropah (EU) rancang mempercepatkan peralihan hijau benua itu dan membantu menghentikan import tenaga Rusia melalui projek baharu membina ladang kincir angin di laut utara, Lautan Atlantik. Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen bersama empat lagi negara lain iaitu Belgium, Belanda dan Jerman.

COVID-19 | Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka
New York mengesyorkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam tertutup susulan peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti yang tinggi dan tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin meningkat. Bagaimanapun, Datuk Bandar New York, Eric Adams memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran COVID-19 yang tinggi.

Konflik Rusia-Ukraine | Burukkan lagi isu keselamatan makanan di peringkat global
Perang di Ukraine telah mewujudkan "krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken, Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum dunia, dan kehilangan komoditi akibat perang telah mengakibatkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara miskin.

HFMD: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda, 2,834 kes dilaporkan
Sabah merekodkan tren peningkatan HFMD 51 kali ganda iaitu 2,834 kes setakat 16 Mei berbanding 55 kes tahun lalu.

Kesan Bencana | PM umum bantuan RM200 kepada pesawah
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara yang turut terjejas pendapatan setiap kali berlakunya bencana alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

AWANI Ringkas: Henti budaya orang tengah | Tiada lagi sekatan besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

Remaja maut dipanah petir
Kejadian malang yang menimpa remaja itu sempat dirakam oleh rakannya dan kemudian tular di media sosial.

Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.

Polis Kelantan nafi kereta meletup kerana serangan dron
Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan Unit Bom Bukit Aman dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Dua rakan maut dipanah petir
Sebelum kejadian, dua mangsa terbabit dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir.

Warga emas maut dipercayai dipanah petir
Mangsa ditemui di bawah tempat berteduh yang ditutup dengan atap zink, dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya.

Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan
Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar.

Pencari barang lusuh maut dipanah petir
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang, mangsa rebah selepas dipanah petir manakala ahli keluarganya yang lain selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Dua sahabat maut dihempap pokok akibat ribut di Setiu
Dua sahabat maut akibat dihempap pokok dalam kejadian hujan ribut di Bukit Layat, sempadan daerah Setiu dan Kuala Terengganu hari ini.

10 langkah elak jadi mangsa panahan petir
10 langkah ini boleh membantu anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa panahan petir.

Hajat bermain luncur ais tidak kesampaian buat pelajar MRSM disambar petir
Hajar terakhir Johan Jasmin yang meninggal dunia akibat dipanah petir adalah untuk bermain luncur ais di Sunway Pyramid.