awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan maut, kereta bertembung treler di Maran

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
07/09/2017
08:30 MYT
Dua rakan maut, kereta bertembung treler di Maran
Kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Fakhrur dalam perjalanan menghala ke Maran dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan. - Foto Astro AWANI
Dua rakan maut selepas kereta Hyundai XD Elantra yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 83.5 Jalan Kuantan-Maran dekat Pekan Tajau, di sini awal pagi tadi.
Kejadian jam 1.35 pagi itu menyebabkan Muhammad Fakhrur Razi Abdul Razak, 21 tahun yang memandu kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Penumpang Nur Qamarina Abdul Rahman, 21 tahun turut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mazlan Hassan, kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Fakhrur dalam perjalanan menghala ke Maran dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
"Ketika itu sebuah treler dari arah bertentangan datang menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, akibat kemalangan berkenaan menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit sebelum dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat.
Katanya, siasatan mendapati pemandu treler tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu hendak ke Senawang, Negeri Sembilan manakala mangsa dalam perjalanan dari Temerloh hendak ke Maran.
"Mayat kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Hospital Bandar Jengka
#Hyundai XD Elantra
#Jalan Kuantan-Maran
#Muhammad Fakhrur Razi Abdul Razak
#Nur Qamarina Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan