awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'

Sinar Harian
Sinar Harian
15/08/2024
11:15 MYT
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Keadaan di lokasi kemalangan dua motosikal di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong pada Rabu.
SUNGAI BULOH: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kedua-dua remaja berusia 13 tahun itu disahkan meninggal di tempat kejadian dalam kejadian pada jam 11.20 malam.
"Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan bertentangan arah ketika melakukan aksi 'wheelie'.
"Jenazah kedua-dua remaja yang tinggal di sekitar Kampung Kubu Gajah di sini dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata, kadar kemalangan maut membabitkan aktiviti berlumba atau menduga kelajuan di daerah ini menunjukkan peningkatan drastik sejak Januari hingga Ogos.
"Sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka membabitkan 11 penunggang motosikal maut dalam daerah Sungai Buloh setakat Ogos ini.
"Peningkatan ini amat membimbangkan berikutan hanya tiga kertas siasatan dan tiga kematian membabitkan penunggang motosikal dicatatkan di sini tahun lalu," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa harus peka dan cakna dalam mengawal aktiviti anak-anak bawah umur terutama pada waktu malam serta memastikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram.
"Perbuatan itu bukan sahaja berbahaya dan boleh meragut nyawa sendiri malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.
Menurutnya, penunggang motosikal bawah umur dan penjaga mereka boleh dituduh di bawah Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda mencecah RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Ibu bapa juga boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda mencecah RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mat rempit
#samseng jalanan
#lumba haram
#remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan