awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja perempuan maut dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat di Temerloh

Bernama
Bernama
12/06/2025
03:00 MYT
Dua remaja perempuan maut dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat di Temerloh
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
KUANTAN: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengku Ismail, di Temerloh, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kemalangan kira-kira pukul 11 malam itu mengorbankan penunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, dan pemboncengnya, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, masing-masing berusia 18 tahun.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Mentakab menuju ke Bulatan Bukit Angin. Ketika berhenti di lampu isyarat yang sedang merah, sebuah kereta Perodua Bezza dipercayai tidak memperlahankan kenderaan dan telah melanggar bahagian belakang motosikal mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazlan berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bedah siasat pagi ini.
Sementara itu, Mazlan memaklumkan pemeriksaan ke atas kereta terbabit, menemukan paket plastik disyaki mengadungi dadah syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai lebih RM6,000.
Sehubungan itu, pemandu kereta berusia 38 tahun yang beralamat di Kepong, Kuala Lumpur itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#remaja
#lampu isyarat
#Mazlan Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami