Dua lelaki rentung selepas kenderaan dinaiki mereka musnah dalam satu kebakaran di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, van dinaiki dua mangsa dilaporkan terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di bahu kiri lebuh raya.
Menurut beliau, akibat kemalangan itu, van berkenaan telah terbakar dan dua mangsa yang berada dalam kenderaan tersebut gagal keluar menyelamatkan diri.
“Kemalangan berlaku ketika sebuah van jenis tidak dikenal pasti dipandu satu lelaki bersama satu penumpang lelaki sedang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara lebuh raya.
“Apabila tiba di tempat kejadian, van yang dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan kemudian terjunam jatuh ke dalam longkang besar di bahu lebuh raya sehingga menyebabkan kenderaan itu terbakar,” katanya.
Katanya, kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tunku Jaafar Seremban.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Moktar berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.16 petang.
Katanya, api marak telah memusnahkan kenderaan itu sehingga 100 peratus.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 06 2019

Keadaan kenderaan yang hangus terbakar di dalam parit sementara pihak bomba sedaya upaya cuba memadamkan api. - JBPM

RISDA perkenal RisSMart Grocer himpun produk usahawan
RisSMart Grocer ialah pasar raya berkonsepkan pusat sehenti yang menghimpunkan produk usahawan dalam suasana pasar moden.

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
UMDAP Semakin Tidak Relevan, Pengundi Tunjuk Penolakan
Kelompok-kelompok yang cuba mempopularkan jenama UMDAP dilihat semakin kehilangan sokongan apabila pengundi menolak calon-calon baharu yang dikaitkan dengan naratif itu.
[TERKINI] JDT tewaskan Sri Pahang FC 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, anak saudara di Semenyih
Misteri bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih malam Jumaat.
Majoriti besar bukti pengundi tolak politik fitnah
Majoriti lebih besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning memberi gambaran sebenar penduduk Ayer Kuning menolak politik fitnah dan adu domba.
PM ucap tahniah atas kemenangan BN dalam PRK Ayer Kuning
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu.

Sedih pasukan legenda tidak ada tahun depan, harap Tengku Muda Pahang boleh pertimbang semula - TMJ
Difahamkan, Sri Pahang yang menjadi finalis ini berkemungkinan tidak akan beraksi dalam kancah domestik, musim depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

Pelaksanaan hari rehat mingguan anggota bomba belum diputuskan - KPPA
Pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) untuk anggota bomba masih belum diputuskan dan memerlukan penelitian lanjut, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Bomba keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

JBPM bakal terima 16 anjing pengesan baharu dari UK
Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima 16 anjing baharu dari United Kingdom (UK) pada tahun ini.

JBPM siasat dua anggota buat komen jelik di media sosial
Nor Hisham berkata siasatan itu dimulakan susulan beberapa aduan diterima berhubung kenyataan yang dibuat oleh anggota terlibat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

JBPM sasar 18,000 inap desa diperiksa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 18,000 premis rumah inap diperiksa sempena Tahun Melawat Malaysia (VM2026), kata Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad.

JBPM sasar 50,000 pelajar miliki kemahiran asas renang dalam tempoh lima tahun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk melatih 50,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara menerusi program asas renang dalam tempoh lima tahun akan datang.

JBPM bakal terima 30 unit FRT baharu tahun ini
JBPM bakal menerima 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang baharu pada tahun ini sekali gus mempertingkatkan lagi kompetensi tindak balas terhadap panggilan kecemasan.

JBPM kaji amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan, keselamatan saluran gas
JBPM mengkaji amalan terbaik yang diguna pakai di peringkat antarabangsa dalam pengurusan dan keselamatan saluran gas di negara ini.

Insiden lubang pembetung di Lenggong: Mangsa maut akibat kurang oksigen - Polis
Polis mengesahkan tiga lelaki yang ditemukan maut dalam lubang pembetungan di Lenggong disebabkan terdedah kepada persekitaran kekurangan oksigen dalam ruang pembetung terkurung.