awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rumah atas air di Sandakan roboh

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2025
09:05 MYT
Dua rumah atas air di Sandakan roboh
Pasukan bomba membuat pemantauan selepas menerima aduan terdapat dua rumah roboh di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan. -Sinar Harian
SANDAKAN: Dua rumah di kawasan perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim di sini, roboh dalam kejadian pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Dua rumah di Kampung Sim-Sim, Sandakan roboh, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penghuni sempat keluar lebih awal.
  • Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.47 pagi dan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
  • Pasukan bomba melakukan pemantauan dan memastikan tiada ancaman lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni sempat keluar lebih awal setelah menyedari keadaan struktur rumah yang tidak stabil.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.47 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari BBP Sandakan.
Katanya, dua rumah jenis tidak kekal itu roboh dan menyebabkan 90 peratus kerosakan pada kedua-dua struktur rumah tersebut.
"Rumah-rumah itu didiami oleh lapan penghuni, namun mereka telah keluar sejak malam tadi setelah menyedari keadaan struktur rumah tidak stabil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Severinus memaklumkan bahawa pasukan bomba telah melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi setelah memastikan tiada ancaman lain di kawasan tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kampung sim-sim
#rumah atas air roboh
#struktur rumah tidak stabil
#penghuni sempat keluar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan