awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua sarjan polis ditahan SPRM Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
17/02/2016
16:36 MYT
Dua sarjan polis ditahan SPRM Negeri Sembilan
Kedua-dua sarjan polis berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan berhampiran sebuah restoran di Temiang di sini, pada 7.30 petang Rabu. -Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan dua anggota polis dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang suspek berhubung kesalahan berkaitan dadah.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata kedua-dua sarjan polis berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan berhampiran sebuah restoran di Temiang di sini, pada 7.30 petang Rabu.
"Kedua-dua mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ditahan selepas pengadu yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan membuat aduan bahawa anggota polis terbabit meminta RM2,800, sebelum dia menyerahkan RM500.
"Mereka disyaki meminta dan menerima wang daripada pengadu untuk menukar keputusan ujian daripada Jabatan Kimia kepada negatif ke atas sampel dadah," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.
Beliau berkata permohonan reman akan dibuat esok, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Dadah
#SPRM Negeri Sembilan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan