Seorang penjenayah, yang ditahan selepas merempuh kereta peronda polis, Ahad lepas, melarikan diri ketika dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Terengganu, pada Rabu.
Suspek, Mohd Alaudin Hasan, 30, yang dipercayai terbabit dalam kes curi kenderaan, meloloskan diri sebaik gari dibuka untuk proses rakaman cap jari di bilik Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata suspek keluar dari bilik PIFOS dan meluru ke arah sebuah kereta Proton Satria berwarna biru yang dipandu seorang lelaki bersama seorang wanita yang menunggu berhampiran lokasi itu.
"Kereta tersebut terus memecut laju menghala ke arah Ajil dengan suspek yang berasal dari Felda Neram memakai baju lokap berwarna ungu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini pada Rabu.
Berikutan insiden itu, polis berjaya menahan pemandu kereta dan isteri suspek di sebuah inap desa di Bukit Besi, Dungun, kira-kira pukul 5 petang, katanya.
Rosli berkata polis telah melancarkan 'Op Tutup' bagi mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berhampiran.
Sementara itu, 10 minit sebelum insiden itu, seorang lagi suspek kes ragut dan dadah berusia 28 tahun turut melarikan diri semasa turun dari lori polis di perkarangan Mahkamah Majistret, Kemaman, pada pukul 9.30 pagi.
Semasa proses menurunkan kesemua Orang Kena Tuduh (OKT) dari kenderaan polis untuk dibawa ke lokap mahkamah, suspek dalam keadaan bergari melepaskan diri dan berlari ke arah bandar Chukai, katanya.
"Anggota polis cuba mengejar suspek namun gagal," katanya.
Bagaimanapun, katanya, selepas hampir enam jam menyembunyikan diri, suspek tampil bersama kakaknya ke IPD Kemaman untuk menyerah diri pada pukul 3.10 petang.
Bernama
Thu Apr 21 2016
ROSLI: Polis telah melancarkan 'Op Tutup' bagi mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berhampiran.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dua tahanan polis lolos dalam dua insiden berasingan
Suspek meloloskan diri sebaik gari dibuka untuk proses rakaman cap jari di bilik Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS).