awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita maut, dua parah kereta terbabas masuk gaung

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2025
07:10 MYT
Dua wanita maut, dua parah kereta terbabas masuk gaung
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu di Kilometer 152, LPT berhampiran Felda Nerek pada Sabtu. -Foto JBPM
MARAN: Dua wanita maut manakala dua lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter di Kilometer (KM)152, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Nerek, di sini, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Dua wanita maut manakala dua lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter di Kilometer (KM) 152, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Nerek, pada Sabtu.
  • Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian, dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh.
  • Dua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.07 pagi.
Menurutnya, operasi turut dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh.
"Komander operasi melaporkan sebuah kereta jenis Nissan Almera terbabas ke dalam gaung dan terdapat empat perempuan dewasa tersepit di dalam kereta.
"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat," katanya.
Tambah beliau, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Dua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Felda Nerek
#jatuh gaung
#Lebuhraya Pantai Timur
#Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan