awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga Indonesia antara sembilan ditahan jual mercun tanpa permit

Bernama
Bernama
15/04/2023
16:04 MYT
Dua warga Indonesia antara sembilan ditahan jual mercun tanpa permit
Kesemua premis yang diserbu itu juga didapati tidak memiliki permit menjual mercun dan bunga api daripada pihak berkuasa. - Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menahan sembilan individu termasuk dua lelaki warga Indonesia dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000 yang dipercayai dijual tanpa permit dalam serbuan di beberapa premis di sekitar Kota Tinggi, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata enam lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua lelaki warga asing berusia 22 hingga 50 tahun itu ditahan antara 8.30 malam hingga 11.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.
"Hasil serbuan, polis merampas 16 kotak besar dan empat plastik mengandungi pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM30,000 selain dipercayai dijual tanpa permit," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.
Beliau berkata kesemua premis yang diserbu itu juga didapati tidak memiliki permit menjual mercun dan bunga api daripada pihak berkuasa.
Menurut Hussin, semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi dikehendaki polis bersabit kes jenayah komersial.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Hussin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penjualan mercun secara terbuka tanpa mendapatkan permit daripada pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#warga Indonesia
#jual mercun
#permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan