PARIT BUNTAR: Seorang duda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya, berusia 2 tahun, dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Haziq Mustapa, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kes ia melibatkan kes bunuh yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai buruh kontrak itu didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ayyash Aulian Muhammad Faizul.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai dalam daerah Kerian antara 11 hingga 13 Oktober 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Saravanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat.
Pada 14 Oktober lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan kesan kecederaan seluruh badan dipercayai akibat didera.
Keadaan mangsa disedari ibu bapa tertuduh berusia 62 dan 57 tahun yang menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya mendapatkan rawatan di hospital.
Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati, punca kematian mangsa disebabkan pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain melecur akibat objek panas dan kecederaan pada lubang dubur.
Siasatan polis mendapati, tertuduh telah mengambil kanak-kanak itu dari rumahnya yang terletak di kawasan perumahan sama untuk dijaga sementara.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 24 2023
![Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698117491_bunuh.jpg)
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737879976_TBSUDAN.jpg)
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
![TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732614084_TikTok.jpg)
TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat
TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, dan sedang bekerja keras bagi memastikan aplikasi itu dapat distabilkan dengan segera.
KPKT, MOTAC kerjasama promosi pasar sebagai produk pelancongan
Kerajaan akan mempromosikan beberapa pasar di seluruh negara sebagai produk pelancongan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
![Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737875766_tbOrangAslihilang.jpg)
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
![Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737877605_tbmahasiswaMalaysia.jpg)
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
![Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737878038_TBKEMALANGANSANDAKAN.jpg)
Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 17 pelancong termasuk empat kanak-kanak dari China yang telah terbabas sendiri.
!['Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang 'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737871427_tbAlpacaPestaPena.jpg)
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
![Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737875676_tbJojoeOneNation.jpg)
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
![Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735056054_DeirAlBalah.jpg)
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
![Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708056541_TBIsraelbunuhjp.jpg)
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
![Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707260360_TBPaulMackenzie.jpg)
Ketua ajaran sesat Kenya didakwa bunuh lebih 190 kanak-kanak
Mackenzie arah pengikut-pengikut agar mereka dan anak-anak mereka berlapar sehingga mati dalam usaha mengejar syurga.
![Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698117491_bunuh.jpg)
Duda didakwa bunuh anak kekasih berusia 2 tahun
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai antara 11 hingga 13 Oktober lalu.
![Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694698502_bunuh.jpg)
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
![Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665638800_JohorBUNUHDERA.jpg)
Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun
Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal bulan ini.
![Dua beranak didakwa bunuh, pengabaian Dua beranak didakwa bunuh, pengabaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649834666_TBdakwabunuh.jpg)
Dua beranak didakwa bunuh, pengabaian
Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.
![Tetak mati tiga beradik kanak-kanak, lelaki dihukum gantung Tetak mati tiga beradik kanak-kanak, lelaki dihukum gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596713031_BURUHBUNUH.jpg)
Tetak mati tiga beradik kanak-kanak, lelaki dihukum gantung
Seorang buruh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh tiga kanak-kanak.