MIRI: Gelagat seorang lelaki mengenakan kostum watak manga dan animasi popular Jepun 'Demon Slayer' ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu di sini hari ini telah mencuri perhatian ramai.
Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama.
Aksi beliau berpakaian demikian dalam keadaan cuaca panas, bukan sahaja mencuri perhatian lensa Bernama dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengundi lain juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengannya.
Menurutnya pada PRN11 pada 2016 lepas beliau berpakaian adiwira Batman, namun dinasihati oleh petugas SPR supaya menukar pakaian terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengundi sebagai menghormati tatacara dan peraturan mengundi.
"Kali ini saya pakai baju Demon Slayer pula... mujur kali ini lepas (dibenarkan) masuk untuk mengundi, dan saya selesai mengundi pada 11.30 pagi tadi.
"PRN pun macam hari raya, bukan selalu... Kita hanya mengundi lima tahun sekali, jadi saya berpakaian seperti ini untuk memeriahkan suasana," katanya ketika ditemui Bernama di pusat mengundi itu.
Peminat watak Batman yang kerap membuat persembahan nyanyian bersama kumpulan buskersnya di sekitar Miri itu turut menasihatkan rakyat Sarawak supaya menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Beliau berkata orang ramai khususnya golongan belia yang layak mengundi perlu menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih wakil rakyat untuk menjamin masa depan negeri.
Dalam saingan di DUN Piasau menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang mempertahankan kerusi DUN itu dicabar oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Teo Jia Jun; Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Hanim Jaraee; Parti Bumi Kenyalang (PBK) Chung Siew Yen dan Peter Hee Leh Keng daripada DAP.
DUN Piasau mempunyai 21,337 pemilih berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Selain berpakaian unik, Nikezuandi Idris, 41, turut datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau itu dengan mengayuh basikal lama. - Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.