awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan gaji 30 peratus komitmen bermakna kepada para hakim - Wan Ahmad Farid
SPRM manfaat kepakaran universiti bantu penyelidikan AI, tadbir urus dan rasuah
Protes Iran: Israel tidak mahu perubahan rejim berlaku  - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dulu BN, sekarang PPBM, Mukhriz MB Kedah kali kedua

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
11/05/2018
09:43 MYT
Dulu BN, sekarang PPBM, Mukhriz MB Kedah kali kedua
Dua Menteri Besar, seorang Ketua Menteri mengangkat sumpah, mentadbir negeri masing-masing. - Foto Astro AWANI
Meletak jawatan pada 2016 selepas hampir 4 tahun mentadbir, hari ini beliau mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu tapi mewakili parti yang berbeza.
Pada 2013, Datuk Seri Muhkriz Mahathir mengangkat sumpah Menteri Besar selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.
Hari ini, Malaysia menyaksikan, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas memenangi di DUN Jitra dengan majoriti 10,849 undi atas tiket Pakatan Harapan.
Mukhriz turut memenangi Parlimen Jerlun menewaskan calon Barisan Nasional, Othman Aziz dan calon Pas Abd Ghani Ahmad.
BACA: Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah
Mukhriz angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13 . Foto: Bernama
Mukhriz angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13 . Foto: Bernama
Selain Mukhriz, Selangor turut mengadakan majlis angkat sumpah dan pelantikan MB yang berlangsung di di Balairung Seri, Istana Alam Shah.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah buat penggal kedua dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas PH memenangi PRU14 dengan memperoleh 51 majoriti kerusi DUN Selangor.
Kali pertama beliau mengangkat sumpah pada 23 September 2014 susulan peletakan jawatan MB terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Datuk Seri Azmin Ali angkat sumpah penggal kedua dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Datuk Seri Azmin Ali angkat sumpah penggal kedua dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Selain Kedah dan Selangor, Melaka turut meyaksikan pelantikan Ketua Menteri yang baharu.
ADUN Bukit Katil, Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. - Foto: Bernama
Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. - Foto: Bernama
Pengerusi Pakatan Harapan Melaka yang berusia 47 tahun itu menggantikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dari BN.
Pada PRU14, Adly menewaskan dua pencabarnya, Datuk Yunus Hitam dari BN dan Muhamat Bedol dari PAS dengan majoriti 3,159 undi.
Pakatan Harapan memperoleh majoriti mudah selepas menguasai 15 daripada 28 kerusi DUN di Melaka.
Topic Berkaitan
#AdlyZahari
#ADUN
#Azmin Ali
#Kedah
#Melaka
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#PPBM
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan