awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dulu jaguh basikal, kini pencuci kereta

Anthea Yap
Anthea Yap
27/09/2015
14:11 MYT
Dulu jaguh basikal, kini pencuci kereta
Rosli Abdul Kadir yang pernah mengegarkan pentas perlumbaan basikal sehingga ke peringkat antarabangsa pada tahun 60-an tidak menyangka nasib tidak menyebelahinya selepas bersara.
Rosli Abdul Kadir yang pernah mengegarkan pentas perlumbaan basikal sehingga ke peringkat antarabangsa pada tahun 60-an tidak menyangka nasib tidak menyebelahinya selepas bersara.
Jaguh lumba basikal negara yang berusia 76 tahun itu seperti hilang mata pencarian selepas mengalami kecederaan teruk di kaki kirinya selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengambil upah memotong rumput tiga bulan lalu.
Rosli yang kini menetap di rumah pangsa tiga bilik, Kampung Muhibah, Puchong bersama 8 anaknya terpaksa mengharungi kehidupan dengan pelbagai ujian serta cabaran selepas meninggalkan arena sukan berbasikal.
Sebelum mengalami kecederaan di kaki kiri, Rosli mengerahkan kudratnya dengan mengambil upah sebagai pencuci kereta di kawasan pejabat sekitar Ibu Negara selama 35 tahun.
Selain itu, beliau turut mengambil upah menghantar biskut ke kedai di sekitar kawasan kediamannya.
Rosli
Rosli
Rosli kini terpaksa berjalan menggunakan alat bantuan. - Foto Astro AWANI
Apabila disahkan doktor urat utama kaki kirinya putus selepas terkena bilah mesin rumput beliau seperti hilang mata pencarian.
"Jadi mengikut pemeriksaan doktor, saya tak boleh berkerja lagi. Doktor menyuruh saya berehat selama 4 ke 5 bulan, selepas itu lihat keadaan kaki saya dan turut menyuruh saya tidak melakukan kerja berat", katanya di kediamannya.
Rosli turut menwakili negara dari tahun 1962 ke1973 dan telah memenangi beberapa pingat emas dan gangsa ketika itu.
Rosli
Rosli
Antara pingat dan hadiah yang dimenangi Rosli ketika mewakili negara dahulu. - Foto Astro AWANI
"Saya pernah menwakili negara dari tahun 1962 sehingga 1973. Pada mulanya adalah di Asia Games pada tahun 1962 di Jakarta dengan memenangi pingat gangsa dan selepas itu pada tahun 1963, saya mewakili Malaysia untuk bertanding di Komanwel Australia", katanya kepada ASTRO Awani.
Menurut anak kelima Rosli, Nor Azna kos rawatan fisoterapi setiap minggu di Hospital Kuala Lumpur itu turut membebankan dirinya tanpa kerja tetap ketika ini.
Tambahnya lagi yang lebih menyedihkan apabila bapanya kini tidak menerima sebarang bantuan bagi membolehkannya menampung kos rawatan daripada kecederaan yang dialaminya.
"Tapi dengan keadaa dia begini selepas apa yang berlaku pada kakinya, dia tidak mampu lagi untuk berkerja. Saya berharap pihak-pihak tertentu dapat membantu ayah saya", katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan derma dan bantuan ke akaun BSN Rosli Abdul Kadir 14175-41-00001133-4 atau menghubungi taliannya di 017-8858 505.
Topic Berkaitan
#basikal
#Rosli Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan