MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tampil menegaskan beliau tetap menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di sebalik dakwaan kerajaan negeri bakal tumbang.
Tegas Mohd Rafiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, beliau tidak terlibat dalam sebarang usaha menukar kerajaan negeri dan hanya memfokuskan pemulihan ekonomi serta kesihatan rakyat di negeri itu.
"Saya ada terbaca berita di media arus perdana dan media sosial berkenaan pergolakan politik dikatakan berlaku di Melaka.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak terlibat dalam sebarang usaha menukar kerajaan negeri Melaka hari ini.
"Saya tetap dengan pendirian menyokong kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: DUN Melaka bergolak: 'Perubahan pasti akan berlaku' - Ketua Menteri
BACA: DUN Melaka kini bergolak? Ini apa yang kita tahu setakat ini
Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau bagaimanapun bercakap atas kapasitinya sebagai ADUN Paya Rumput dan tidak boleh mengulas mengenai pendirian ADUN lain.
"Hari ini saya bercakap atas kapasiti ADUN Paya Rumput dan saya tidak boleh mengulas atas kapasiti ADUN-ADUN lain ketika ini.
"Saya tidak berminat terlibat sebarang usaha mencetuskan satu lagi krisis politik di negeri Melaka, selepas kita tahu berlakunya krisis politik di peringkat Pusat hasil tindakan pimpinan tertentu yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.
Untuk rekod, pada 2 Mac 2020, BN mengumumkan bahawa kerajaan negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas dua ADUN Bersatu iaitu Mohd Rafiq dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) keluar daripada gabungan itu.
Selain itu, ADUN DAP yang kini Bebas - Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee serta ADUN PKR Muhammad Jailani Khamis (Rembia) juga meninggalkan PH dan menyokong gabungan PN.
Hari ini, media melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke PH dan difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Empat wakil rakyat yang disebut-sebut ialah Norhizam Hassan dan Noor Effandi, selain bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).
Untuk rekod kerajaan Melaka dipimpin oleh Sulaiman selepas PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH tumbang Mac tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Fareez Azman
Fri Oct 01 2021
Mohd Rafiq berkata, beliau bercakap atas kapasitinya sebagai ADUN Paya Rumput dan tidak boleh mengulas mengenai pendirian ADUN lain. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak faham mengapa dikaitkan' - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
DUN bergolak rencat pemulihan pelancongan Melaka - Exco
Senario itu bukan hanya merugikan kerajaan negeri dan rakyat secara amnya malah turut menimbulkan keraguan kepada pelabur.
Dakwaan Melaka bakal bertukar tangan, hanya mainan persepsi - Pas
Pas Melaka yakin tidak akan berlaku sebarang perubahan landskap politik di negeri itu dalam masa terdekat.
DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak terlibat usaha tukar kerajaan negeri' - Mohd Rafiq
Mohd Rafiq berkata, beliau bercakap atas kapasitinya sebagai ADUN Paya Rumput dan tidak boleh mengulas mengenai pendirian ADUN lain.