awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN bergolak rencat pemulihan pelancongan Melaka - Exco

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
03/10/2021
03:01 MYT
DUN bergolak rencat pemulihan pelancongan Melaka - Exco
Muhammad Jailani tidak menafikan sememangnya wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada tetapi ia tidak pernah membuahkan hasil kerana tiada matlamat yang jelas. - Gambar fail
MELAKA: Pergolakan politik yang berlaku di Melaka selepas wujud dakwaan kerajaan negeri akan bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH) hanya akan merencatkan proses pemulihan sektor pelancongan.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, senario itu bukan hanya merugikan kerajaan negeri dan rakyat secara am, malah turut menimbulkan keraguan kepada pelabur.
“Kita hendak pulihkan ekonomi rakyat yang mana keutamaan kita adalah menjaga kebajikan dan kesihatan mereka, selain kepentingan keupayaan rakyat untuk menjana semula ekonomi.
“Jadi apabila berlaku cubaan yang lebih kepada kepentingan peribadi individu tertentu ini bukan sahaja merugikan rakyat dan negeri, malah menimbulkan keraguan kepada pelabur dan sebagainya.
"Tetapi apa yang hendak saya nyatakan, percaya dan yakinlah, kerajaan Melaka stabil,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia.
BACA: DUN Melaka bergolak: Tiada pertemuan dengan TYT - Anwar
BACA: "Siapa nak jadi Ketua Menteri, silakan" - Sulaiman
Muhammad Jailani pada masa sama tidak menafikan sememangnya wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
Namun, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah ini, ia bukan sesuatu yang baharu dan cubaan itu tidak pernah membuahkan hasil kerana tiada matlamat yang jelas.
“Kita mempunyai bukti-bukti tertentu ada percubaan untuk merosakkan keharmonian kerajaan negeri, tetapi percubaan macam ini bukan suatu isu yang baharu, malah daripada terbentuknya gabungan wakil rakyat negeri Melaka ini, sejak Mac tahun lalu lagi.
“Mereka cuma boleh mencuba tetapi saya nampak cubaan itu tidak berasas. Ia lebih kepada kepentingan individu tertentu, tiada matlamat yang jelas kerana kerajan sedia ada menjalankan tugas dengan baik. Jadi tidak ada alasan untuk mengubah sebuah kerajaan yang bagus,” tegasnya.
BACA: Dakwaan Melaka bakal bertukar tangan, hanya mainan persepsi - Pas
BACA: DUN Melaka bergolak: MoU yang ditandangani di peringkat Pusat perlu dicontohi - Mahdzir
Kemelut politik Melaka mula hangat selepas wujud dakwaan sekurang-kurangnya empat ADUN kerajaan akan ‘melompat’ menyertai PH dan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).
Bagaimanapun, ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee antara nama yang disebut-sebut, menafikan perkara berkenaan dan menyatakan pendirian kekal bersama kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Manakala tiga lagi ADUN yang disebut-sebut bakal ‘melompat’ dan berpaling tadah itu belum membuat apa-apa kenyataan.
Untuk rekod, kerajaan negeri Melaka dipimpin Sulaiman dari UMNO selepas Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan yang tumbang Mac tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi DUN manakala pembangkang, 11.
Topic Berkaitan
#pelancongan
#krisis politik Melaka
#Muhammad Jailani Khamis
#DUN Melaka bergolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan