awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/06/2023
03:10 MYT
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Aminuddin (tengah) bercakap kepada media selepas selesai menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban hari ini. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berkata, ia selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Ceraian (2) Fasal 56, bahagian Yang Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
“Alhamdulillah Tuanku Muhriz berkenan tarikh pembubaran pada 1 Julai ini dan saya mohon pejabat Speaker DUN dapat menyegerakan pemakluman rasmi tarikh pembubaran ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Sementara itu, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan berfungsi sebagai kerajaan interim atau caretaker di mana segala fungsi Kerajaan Negeri akan terus beroperasi seperti biasa bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kekal efisyen,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Negeri, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, di sini, bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan DUN Negeri Sembilan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 20 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) sebanyak 16 kerusi di Negeri Sembilan.
Selain Negeri Sembilan, lima lagi negeri yang bakal berdepan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#PRN Negeri Sembilan
#bubar DUN
#DUN Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan