KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Usul itu dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menggariskan lima ketetapan termasuk mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Palestin.
"Kerajaan negeri juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan agar Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraan ke atas rakyat Palestin melalui gencatan senjata dan memperakui secara formal bahawa tindakan rejim zionis adalah perbuatan jenayah.
"Kerajaan Pahang berpandangan tiada alasan kukuh untuk penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, semberono dan melampaui batas ke atas Palestin," katanya pada sidang DUN di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata Pahang akan terus memberi bantuan kepada rakyat Palestin atas rasa tanggungjawab dan solidariti menerusi Tabung4Palestin 2.0 yang dilancarkan semasa perhimpunan Pahang For Palestine di sini pada 28 Okt lepas.
Usul itu disokong oleh Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH-Tras) yang berkata apa yang berlaku di Palestin sejak 75 tahun lepas bukan lagi isu agama sebaliknya membabitkan kemanusian sejagat.
Shahril Azman Abd Halim (PN-Jengka), yang mengambil bahagian dalam perbahasan itu, pula berkata pembangkang menyokong sepenuhnya usul tersebut kerana isu berkenaan berkait rapat dengan umat Islam.
"Selain itu, saya suka untuk menambah sedikit usul tadi iaitu kita mesti mendesak Perdana Menteri Israel (Benjamin Netanyahu) dihadapkan ke mahkamah antarabangsa, melaksanakan gencatan senjata dan menghantar pasukan pengaman bagi mengelakkan kezaliman berterusan di Palestin.
"Kita juga mendesak Mesir agar melonggarkan kawalan bagi kemasukan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui Rafah dan mempercepat proses penghantaran sebagai tanda solidariti," katanya.
Pada sidang media selepas itu, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan sumbangan yang disalur melalui Tabung Pahang4Palestin akan dipastikan sampai secara terus kepada Palestin tanpa melalui orang tengah dan jumlah terkumpul setakat ini melebihi RM700,000.
"Kita menyasarkan kutipan RM1 juta. Ini komitmen kerajaan negeri dan bila tiba masanya, bila kita tutup tabung ini (menghentikan kutipan), kerajaan negeri akan menambah jumlah yang terkumpul untuk pastikan sasaran RM1 juta tercapai," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Pahang akan terus memberi bantuan kepada rakyat Palestin atas rasa tanggungjawab dan solidariti menerusi Tabung4Palestin 2.0 yang dilancarkan semasa perhimpunan Pahang For Palestine pada 28 Okt lepas. - Gambar fail
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
DUN Pahang lulus usul tolak ratifikasi ICERD
Usul dibahaskan bersama-sama lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional, Pas dan Pakatan Harapan.