awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023

Bernama
Bernama
08/12/2023
07:45 MYT
DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Saarani ketika menggulung perbahasan RUU tersebut hari ini berkata RUU wasiat itu digubal dengan begitu tersusun dan merangkumi hampir semua aspek hukum syarak.
IPOH: Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023, yang bertujuan memberi panduan, mengurus tadbir dan mengawasi pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri Perak, secara berkesan.
Seramai enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengambil bahagian membahaskan RUU itu selepas dibentang Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, semalam.
Saarani ketika menggulung perbahasan RUU tersebut hari ini berkata RUU wasiat itu digubal dengan begitu tersusun dan merangkumi hampir semua aspek hukum syarak.
"Ia bukan sahaja menyentuh mengenai pembuatan wasiat, malah meliputi aspek pembuktian, pelaksanaan dan pendaftaran wasiat, selain menggariskan aspek kawal selia melibatkan wasiat orang Islam," katanya.
Saarani berkata langkah pertama yang akan diambil segera ialah mewujudkan garis panduan yang akan menjadi pelengkap kepada rang undang-undang tersebut, supaya menjadi rujukan kepada semua pihak, sama ada penyedia perkhidmatan wasiat, orang awam atau pun pihak berkuasa berkaitan.
Beliau berkata perkara-perkara melibatkan bidang kuasa serta pertembungan antara perundangan Persekutuan dan negeri, akan diusulkan kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
"Ini membolehkan titik-titik pertemuan dapat dicapai, bagi merungkaikan apa jua kerumitan yang timbul demi menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan ummah," katanya.
Dalam pada itu Saarani juga berkata kerajaan negeri akan mengkaji cadangan mewujudkan Enakmen Hibah.
"Sukacita saya memaklumkan bahawa perkara itu sememangnya sudah berada dalam perancangan kerajaan negeri, selepas mengambil kira kepentingannya sebagai salah satu instrumen dalam perancangan harta pusaka," katanya.
Persidangan bersambung sehingga tarikh yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Perak
#Saarani Mohamad
#RUU Wasiat Orang Islam
#enakmen hibah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan