awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sabah: ADUN pembangkang boleh bekerjasama dengan pegawai daerah

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
21/07/2022
08:11 MYT
DUN Sabah: ADUN pembangkang boleh bekerjasama dengan pegawai daerah
Kerajaan Sabah terbuka untuk wakil rakyat pembangkang berbincang dengan pegawai daerah masing-masing dalam usaha pembangunan kawasan mereka.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terbuka untuk wakil rakyat pembangkang berbincang dengan pegawai daerah masing-masing dalam usaha pembangunan kawasan mereka.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, kerajaan negeri juga tiada halangan untuk pegawai daerah menyalurkan maklumat berkaitan pembangunanan dan penggunaan tanah kepada wakil rakyat pembangkang.
"Saya ingin mengesyorkan supaya semua wakil rakyat yang ingin mendapatkan makklumat atau apa juga keperluan boleh bertemu dengan pegawai daerah masing-masing.
"Mereka tidak mempunyai halangan untuk memberi kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan oleh wakil rakyat walaupun bukan daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) sama ada kerajaan membenarkan pegawai daerah membekalkan maklumat kepada wakil rakyat bukan kerajaan.
Menjawab soalan asal Ewon sama ada kerajaan negeri membenarkan ADUN pembangkang terlibat dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jahid berkata belum ada keputusan mengenai perkara itu.
“Walau bagaimanapun, perkara ini akan diteliti dan dipertimbangkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#DUN Sabah
#kerjasama pembangkang
#pembangunan Sabah
#Datuk Jahid Jahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan