awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Selangor: Waktu bersidang lebih lama, isu ekonomi, mobiliti, banjir jadi tumpuan - Speaker

Bernama
Bernama
29/10/2025
13:45 MYT
DUN Selangor: Waktu bersidang lebih lama, isu ekonomi, mobiliti, banjir jadi tumpuan - Speaker
Lau berkata antara topik yang dijangka menjadi tumpuan ialah isu banjir, pengangkutan awam, pelaburan serta Tahun Melawat Selangor 2025, selain isu kebakaran saluran paip gas Putra Heights serta pembinaan KSSA. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari 14 hingga 27 Nov ini, bakal berlangsung lebih panjang berbanding waktu biasa yang ditetapkan iaitu sehingga 4.30 petang seperti lazimnya.
Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata perkara itu bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berbahas dan membangkitkan isu-isu rakyat memandangkan Belanjawan Selangor 2026 turut dibentangkan pada sidang kali ini.
"Saya bercadang untuk memanjangkan sedikit tempoh perbahasan, supaya semua wakil rakyat mempunyai masa mencukupi untuk menyuarakan pandangan serta membincangkan isu-isu penting untuk kebaikan rakyat.
"Kali ini lebih lama, lebih daripada 4.30 petang. Banyak isu rakyat akan dibawa dan perlu dibahaskan. Jadi, kita jangkakan persidangan akan berlanjutan dan masa lebih panjang," katanya pada sesi libat urus bersama pengamal media di sini hari ini.
Lau berkata antara topik yang dijangka menjadi tumpuan ialah isu banjir, pengangkutan awam, pelaburan serta Tahun Melawat Selangor 2025, selain isu kebakaran saluran paip gas Putra Heights serta pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).
Beliau berkata perjalanan sidang DUN Selangor akan berlangsung seperti dijadualkan, walaupun bertembung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Lau berkata tiada keperluan untuk meminda tarikh persidangan, memandangkan notis kepada ADUN telah dikeluarkan dan tarikh tersebut turut mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Perjalanan sidang DUN Selangor akan berlangsung mengikut jadual ketat bagi memastikan semua urusan termasuk pembentangan dan kelulusan Belanjawan Selangor 2026, dapat diselesaikan serta diwartakan pada minggu pertama Disember," katanya.
Persidangan DUN Selangor akan membuka tirai dengan pembentangan Belanjawan Selangor 2026 oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada pada 14 Nov, diikuti 17 hingga 21 Nov serta 24 hingga 27 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#DUN Selangor
#Belanjawan Selangor 2026
#jadual ketat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan