awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia digital: Penembusan internet di Malaysia lebih tinggi

Bernama
Bernama
06/10/2017
23:29 MYT
Dunia digital: Penembusan internet di Malaysia lebih tinggi
Kadar penembusan 70 peratus internet di Malaysia adalah lebih tinggi daripada purata penembusan Internet Asia yang hanya 38.5 peratus. -Gambar hiasan
Kadar penembusan 70 peratus internet di Malaysia adalah lebih tinggi daripada purata penembusan Internet Asia yang hanya 38.5 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata kadar penggunaan aplikasi WhatsApp di negara ini pula merupakan yang tertinggi di dunia.
"Dunia digital ini telah merasuk kehidupan seharian kita sehingga menjadi kehidupan kedua kita. Dalam menggunakannya, kita perlu mampu bersaing dan menjadi pencipta digital pintar yang dapat menciptakan kegiatan bisnes online bagi menghasilkan faedah kewangan dan untuk ke depan, dunia digital ini akan menentukan arah tuju peradaban dunia.
"Malangnya tidak semua negara mempunyai kemudahan ini. Negara-negara di benua Afrika seperti Chad, Togo, Ivory Coast, Mali, Rwanda, dan Burundi misalnya masih lagi jauh ketinggalan dalam teknologi ini. Ini mewujudkan jurang digital dan kekayaan antara negara menjadi semakin jauh dan luas," katanya dalam catatan terbaru di blognya pada Jumaat.
Bagaimanapun Salleh mengakui wujud jurang digital di Malaysia khususnya melibatkan penembusan Internet di kawasan bandar dan luar bandar dan ia merupakan aspek yang sedang ditangani oleh kerajaan.
Tambahnya, dunia digital ini mempunyai banyak kebaikan, membolehkan komunikasi dalam jarak yang jauh, meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia, memesan barang, menghantar teks, dan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas.
"Hari ini kebergantungan kepada dunia digital luar biasa sekali. Sebelum tidur kita melihat maklumat di layar maya dan selepas bangun tidur, kita juga terus melihat maklumat di layar maya. Itulah kebergantungan kita kepada teknologi digital.
"Jikalah generasi hari ini ditanya tentang jenama terulung, tentunya ramai yang akan menjawab Google atau Facebook atau Yahoo. Ini kerana generasi hari ini adalah 'digital natives' yang sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam kehidupan seharian," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar penembusan
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan