awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Duri dalam daging' suka perlekeh perkhidmatan awam - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
05/12/2015
05:20 MYT
'Duri dalam daging' suka perlekeh perkhidmatan awam - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Kajian mendapati lebih 85 peratus rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima daripada program yang ditransformasi oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. - Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan golongan yang sentiasa merendah dan memperlekeh perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sebagai 'duri dalam daging'.
Beliau berkata kajian mendapati lebih 85 peratus rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima daripada program yang ditransformasi oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
"Masih terdapat 15 peratus yang boleh ditambah baik dan dipertingkat namun kita harap bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan menambah baik perkhidmatan dan 'delivery' ini kepada rakyat malah ia harus disesuaikan dengan beberapa kekangan yang mungkin dihadapi oleh rakyat.
"Namun terdapat beberapa duri dalam daging di kalangan 15 peratus ini yang tidak berpuas hati kerana mungkin mereka mempunyai matlamat tertentu untuk merendahkan dan memperlekehkan perkhidmatan terbaik yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Parlimen Bagan Datoh dan Pelancaran Jom JPJ Bersama Mu di perkarangan Wisma UMNO di sini hari ini.
Beliau berkata jika mereka mahu mengkritik, biarlah kritikan itu dibuat untuk tujuan membina dan bukan kritikan yang destruktif atau untuk melakukan kerosakan dengan mengkritik, dengan alasan hanya untuk mengkritik.
"Saya harap duri-duri dalam daging dalam kalangan 15 peratus ini, didoakan mudah-mudahan mereka segera bertaubat dan harus menerima hakikat bahawa kita sebagai manusia biasa sudah tentu tidak mempunyai kesempurnaan, namun harus ada timbal balik hubungan dua hala supaya perkhidmatan dapat dipertingkat dan kepuasan dapat dioptimumkan," katanya.
Ahmad Zahid berkata apabila jabatan dan agensi kerajaan turun ke bawah bererti mereka mahu mendekatkan diri untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, iaitu rakyat selaku pembayar cukai, yang mendambakan perkhidmatan terbaik.
"Dalam hal ini, saya harapkan terdapat kefahaman oleh kedua-dua belah pihak kerana di peringkat kerajaan melalui jabatan dan agensi cuba sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan yang terbaik," katanya.
Dalam pada itu, timbalan perdana menteri memuji usaha JPJ turun ke lapangan untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada rakyat menerusi program berkaitan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#awam
#perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan