KUALA BERANG: Durian kampung milik pekebun kecil di Terengganu, yang dulunya dipandang sepi dan tidak begitu dikenali bakal menjadi durian premium setaraf Musang King (D197) bagi menembusi pasaran dunia.
Usaha mengangkat martabat durian kampung premium itu, kini giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu melalui pertandingan yang diadakan sejak Julai lepas, yang bertujuan mengenal pasti varieti durian kampung berkualiti tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, pertandingan itu adalah platform terbaik untuk mempromosi durian kampung premium dari seluruh pelusuk negeri.
"Pertandingan bermula di peringkat kampung dengan memilih durian yang terbaik, untuk ke pertandingan peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Hasilnya kita berjaya kenal pasti 10 varieti durian kampung premium yang sangat bagus dan mempunyai kriteria setaraf durian hidbrid, yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dunia ketika ini.
"Proses mendaftarkan varieti durian ini akan dilakukan secepat mungkin, mengikut ciri-ciri istimewanya agar ia mampu berada dalam kategori durian premium, sama seperti durian yang menjadi buruan ramai ketika ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses penghakiman durian yang dipertandingkan di Kompleks Pertanian Ajil di sini.
Turut hadir Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof dan ketua hakim iaitu Pensyarah Pusat Pengurusan Ladang Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin Profesor Dr Jamil Zakaria.
Johan pertandingan tersebut dimenangi oleh pekebun dari daerah Kuala Nerus, dengan wang tunai RM3,000 manakala naib johan dan tempat ke tiga masing-masing dimenangi pekebun dari daerah Marang dengan hadiah RM2,000 dan RM1,000.
Pertandingan yang julung kali diadakan itu tidak melibatkan kehadiran pemilik durian, kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Mengulas lanjut, Dr Azman berkata pertandingan itu juga bertujuan mendedahkan pekebun kepada sistem pengurusan dusun durian yang lebih baik dan bersistematik, agar durian kampung premium yang berkualiti tinggi itu dapat dihasilkan secara konsisten.
"Penjagaan pokok adalah aspek penting yang perlu diberi keutamaan seperti pengairan, baja, cahaya dan beberapa teknik yang telah terbukti berjaya dilakukan pekebun durian komersil.
"Kita tidak mahu lagi pokok durian ini hanya terbiar dan pemiliknya hanya datang 'menjenguk' ketika musim luruh sahaja. Jika kita mahu menghasilkan durian kampung premium yang setaraf durian klon lain, usaha gigih perlu dilakukan pekebun, dengan kerjasama khidmat nasihat diberi Jabatan Pertanian agar ia mampu memberi pulangan yang lumayan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Satu pertandingan diadakan sejak Julai lepas, yang bertujuan mengenal pasti varieti durian kampung berkualiti tinggi. - Gambar hiasan
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Pengeluaran durian Batu Kurau merosot 40 peratus
Hujan dikatakan menjadi punca bunga durian yang lebat ketika itu turut gugur.
Padang Terap hab pengeluaran durian kampung berkualiti tinggi
Durian yang terdapat di sini merupakan durian kampung dan tidak mempunyai nama seperti di sesetengah tempat.
Durian kampung setaraf Musang King bakal tembusi pasaran dunia
Usaha mengangkat martabat durian kampung premium itu, kini giat dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
Standard Durian Kampung Premium dilancar mudahkan rujukan
Harga bagi buah berkenaan masih rendah dan bergantung kepada permintaan meskipun memiliki kualiti yang baik setanding durian klon yang lain.
Pesta durian jadi budaya baharu Malaysia
Hasil jualan buah durian yang julung kali diadakan di Dataran Merdeka ini boleh mencecah sehingga RM1 juta sepanjang tiga hari acara diadakan.