TEHRAN: Duta baharu Malaysia ke Iran Khairi Omar menyampaikan watikah pelantikannya kepada Presiden Seyyed Ebrahim Raisi pada Ahad (8 Januari) di pejabat Presiden.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, ketibaan Khairi di Pejabat Presiden disambut mesra oleh Raisi yang mendoakan kejayaan duta besar yang baharu dilantik itu sepanjang berada di Iran.
Khairi pula menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat daripada Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri kepada kerajaan dan rakyat Iran.
Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama rapat dengan pegawai Iran dan akan berusaha untuk mengembangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, sains dan teknologi.
Khairi diiringi oleh Setiausaha Pertama Nizam Halimi dan Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia Mohd Tarmizi ketika menyampaikan surat tauliahnya.
Malaysia dan Iran menjalin hubungan diplomatik berikutan termeterainya Perjanjian Persahabatan pada 15 Januari 1968. Pada 1970, Malaysia membuka kedutaannya di Tehran manakala Iran menubuhkan Kedutaan negara itu di Kuala Lumpur pada 1981.
Pada masa ini, Iran merupakan rakan dagangan ke-50 terbesar Malaysia dan destinasi eksport ke-39 terbesar Malaysia.
Bagi tempoh antara Januari-Oktober 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan Iran bernilai RM 3.2 bilion (AS$718 juta dolar).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Khairi pula menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat daripada Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri kepada kerajaan dan rakyat Iran. - Foto fail/REUTERS

Konvoi Kembara buka tirai sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka
Konvoi Kembara Sarawak Merdeka menjelajah 12 Bahagian di negeri ini akan membuka tirai sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka tahun ini bermula Mei hingga Ogos ini.

Penerbangan dibatalkan akibat mogok di Jerman
Lapangan Terbang Munich Jerman terpaksa membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan pada Ahad dan Isnin akibat mogok, lapor Agensi Anadolu.
![AWANI 7:45 [24/03/2023] – Bantuan Aidilfitri penjawat awam | 203 makanan naik harga AWANI 7:45 [24/03/2023] – Bantuan Aidilfitri penjawat awam | 203 makanan naik harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015480/16574789461679663503750_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [24/03/2023] – Bantuan Aidilfitri penjawat awam | 203 makanan naik harga
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: Berita baik buat penjawat awam, bantuan khas kewangan Aidilfitri dibayar 17 April Inflasi kekal 3.7 peratus, 203 item makanan rekod kenaikan harga Bermula September 2024, tiada lagi monopoli Puspakom periksa kenderaan Selepas berbulan-bulan senyap, Zainab akhirnya tuntut Rafizi minta maaf #AWANInews

AWANI Ringkas: SM Faisal, Emilia akan cuba selesai kes luar mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan ummah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat khususnya yang beragama Islam memanfaatkan bulan Ramadan untuk membentuk penyatuan ummah.

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

KKM galak sediakan kod QR, mudahkan aduan kualiti makanan
Kementerian Kesihatan Malaysai galakkan setiap negeri menyediakan imbasan kod QR di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan.

Amalan tidak jejas penyampaian perkhidmatan - CUEPACS
Amalan segelindir penjawat awam bawahan yang berlagak berkuasa seperti pegawai di peringkat tertinggi tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam [TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015473/16574787851679661843390_640x360.jpg)
[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam
Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam bermula jam 10 malam ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu).

1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan - KPDN
Daripada jumlah itu hanya tiga premis dikompaun atas kesalahan kecil seperti tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.

Duta besar baharu Malaysia ke Iran serah surat tauliah kepada Presiden
Malaysia dan Iran menjalin hubungan diplomatik berikutan termeterainya Perjanjian Persahabatan pada 15 Januari 1968.