awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan

Bernama
Bernama
28/03/2024
21:00 MYT
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Mohamad berkata selain menjalankan hubungan baik dua hala dengan negara lain, kemahiran dalam meneroka serta menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara. - Foto fail/BERNAMA
SEREMBAN: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Beliau berkata selain menjalankan hubungan baik dua hala dengan negara lain, kemahiran dalam meneroka serta menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara.
"Dasar luar negara bukan sahaja mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) biasa iaitu mewujudkan dan mengekalkan demokrasi dua hala tetapi saya nak Kementerian Luar, Duta, Pesuruhjaya Tinggi mahir dalam perdagangan, menarik sebanyak mungkin pelabur ke Malaysia," katanya di Dewan Tuanku Aishah Rohani, Bangunan NSWO di sini pada Khamis.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Khatam Al-Quran Ramadan bersempena Nuzul al-Quran anjuran Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO), Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti NS) dan Pertiwi Negeri Sembilan.
Mohamad berkata selain peranan menarik pelaburan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), adalah lebih afdal sebagai ketua kedutaan, mereka boleh bercakap dan meyakinkan pelabur.
Beliau berkata duta baharu hendak bertugas perlu ditempatkan di MIDA terlebih dahulu supaya arif tentang persekitaran pelaburan dan dapat meyakinkan bakal pelabur ke Malaysia.
Turut hadir pada majlis berkenaan isteri beliau merangkap Yang Dipertua NSWO Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.
Pada majlis yang dihadiri 155 peserta, Mohamad turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar dan anak yatim.
--
Topic Berkaitan
#pelaburan
#ekonomi negara
#NSWO
#MIDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan