awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu e-hailing cabul penumpang dibebaskan dengan jaminan polis, kes dirujuk D5 Bukit Aman
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DVS Pulau Pinang siasat kes kucing tergantung belakang pacuan empat roda

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/08/2024
11:15 MYT
DVS Pulau Pinang siasat kes kucing tergantung belakang pacuan empat roda
Dr Saira Banu menunjukkan gambar kucing yang diselamatkan dan berada dalam jagaan pihaknya.
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang membuka siasatan berhubung insiden seekor kucing tergantung di belakang kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam.
Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab, berkata pihaknya sudah menerima aduan rasmi berhubung kes berkenaan dan membuat pemeriksaan awal di lokasi kejadian.
Susulan itu, pihaknya telah mengambil keterangan suspek lelaki berusia 30-an terbabit.
"DVS mengesahkan telah menerima aduan secara rasmi berhubung kes ini. Susulan itu, DVS telah membuat pemeriksaan awal di lokasi kejadian pada hari sama kejadian, kira-kira jam 12 tengahari.
"DVS juga telah berjaya mengesan suspek dalam kes ini dan sudah mengambil keterangannya," katanya.
Menurut Saira Banu, kucing berkenaan kini berada dibawah jagaan DVS manakala kenderaan pacuan empat roda yang digunakan semasa kejadian turut ditahan sementara.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DVS Pulau Pinang di Bukit Tengah, di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, pihaknya akan merujuk kertas siasatan kes itu kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
“Dalam kes ini, walaupun niat suspek adalah untuk membawa kucing itu ke klinik haiwan namun cara yang salah dengan tidak meletakkan dalam tempat khas telah membahayakan nyawa kucing terbabit," ujarnya.
Pada ketika ini, kucing terbabit berada dam keadaan sihat dan stabil.
"DVS ingin menasihatkan mana-mana orang atau persatuan berkaitan haiwan untuk menyalurkan terus aduan berhubung kebajikan dan penganiayaan terhadap binatang kepada DVS melalui pautan awa.dvs.gov. my (My Animal Welfare) dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh menganggu siasatan,".
Semalam, tular gambar kucing yang tergantung di belakang pacuan empat roda sehingga mendatangkan kemarahan orang ramai khususnya pencinta haiwan.
Topic Berkaitan
#video tular
#kucing tergantung
#pacuan empat roda
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan