Pelaksanaan sistem visa elektronik (e-visa) untuk rakyat China akan dibicangkan dalam lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China mulai hari ini hingga 4 Feb.
Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya berkata Ahmad Zahid dijangka tiba di ibu negara China ini pada 10 malam ini dan ini merupakan lawatan kerja sulung beliau ke China sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Tujuan lawatan ini ialah untuk mengunjungi para pemimpin China serta mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan beliau, Menteri Keselamatan Awam, Gou Shengkun mengenai pelaksanaan e-visa," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, akan turut mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Pusat Parti Komunis China, Meng Jiangzhu. Zainuddin berkata Ahmad Zahid juga dijangka mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat tentang isu berkaitan hubungan dua hala Malaysia-China, di samping isu serantau dan global.
"Timbalan Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan malam pada Rabu (3 Feb) untuk berjumpa para pelajar Malaysia yang menuntut di Beijing," katanya sambil menyatakan bahawa kira-kira 800 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di China atas tajaan kerajaan dan sektor swasta.
Zainuddin berkata selain mengenai e-visa, Ahmad Zahid juga akan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat dengan pemimpin China mengenai perkembangan usaha memerangi keganasan dan kegiatan radikalisasi.
Beliau berharap lawatan Timbalan Perdana Menteri akan mempercepatkan pelaksanaan sistem e-visa bagi membantu menarik lebih banyak pelancong China ke Malaysia. Katanya lawatan ini juga memberi peluang kepada Ahmad Zahid untuk mengeratkan lagi hubungan beliau dengan para pemimpin China.
Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelancong dari China tidak perlu memohon visa untuk melawat Malaysia antara 1 Mac dan 31 Dis tahun ini.
Menurut laporan, Malaysia ingin menarik lapan juta pelancong dari China setahun untuk lima tahun akan datang, dengan kuasa berbelanja sebanyak RM22.1 bilion, berbanding 1.3 juta pelancong setahun sebelum ini.
Bernama
Mon Feb 01 2016
Zainuddin berkata selain mengenai e-visa, Ahmad Zahid juga akan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat dengan pemimpin China mengenai perkembangan usaha memerangi keganasan dan kegiatan radikalisasi. - Gambar fail
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
E-visa antara topik yang dibincang dalam lawatan TPM ke Beijing
Pelaksanaan sistem visa elektronik (e-visa) untuk rakyat China akan dibicangkan dalam lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China mulai hari ini hingga 4 Feb.