awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eda Ezrin tiba di Golok petang ini, perlu lalui proses dokumentasi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2025
05:16 MYT
Eda Ezrin tiba di Golok petang ini, perlu lalui proses dokumentasi
Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian
GOLOK, THAILAND: Penyanyi terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakannya dijangka tiba di Balai Polis Sungai Golok di sini pada petang Khamis.
Bagaimanapun, kesemua mereka perlu ke balai polis dan kemudian ke Depot Tahanan Imigresen Golok untuk urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.
Difahamkan, sehingga jam 11.30 pagi waktu tempatan, mereka masih berada di Balai Polis Narathiwat dan dijangka bergerak ke Golok tengah hari ini.
Tinjauan Sinar Harian di hadapan Balai Polis Golok sejak jam 7 pagi tadi mendapati kenderaan yang membawa Eda Ezrin bersama suami dan rakan-rakannya masih belum tiba dari Narathiwat.
Turut kelihatan beberapa saudara mara penyanyi itu di lokasi, namun mereka dilihat beredar tidak lama kemudian.
Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.
Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.
Bagaimanapun, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya akan dipanggil untuk dirakam keterangan pada Khamis selepas dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, tindakan berkenaan akan dijalankan oleh JSJN Kelantan.
Kesemua individu berkenaan akan dirakam keterangan, selain sampel air kencing turut diambil untuk saringan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Eda Ezrin
#penyanyi Bey Sobar Bey
#Depot Tahanan Imigresen Golok
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan