KANGAR:Dua sahabat berhadapan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar, hari ini atas tuduhan mengedar dadah pada 1 Februari lalu.
Tertuduh, Sukhon Ewon, 40, dan Fazeri Din, 51, yang bekerja sebagai tukang masak dan pemandu lori hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Sukhon bersama seorang yang masih bebas dikenali Amnat Ratsamee, 25, didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis anggaran berat 100 kilogram (kg) di dalam kereta Proton Persona di sebuah rumah di Jalan Kilang Gula, Kampung Batu Bertangkup, Mata Ayer pada jam 7.10 pagi, 1 Februari lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Fazeri dan Sukhon bersama Amnat yang masih bebas dituduh mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 150,150 gram (150.15kg) pada jam 7.55 pagi, tarikh sama di lokasi serupa.
Dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati serta harta dirampas.
Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohd Zulfadzli Salehen dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, manakala Fazeri diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Syed Saifulizan Syed Abd Razak.
Sukhon bagaimanapun tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 11 2021

Kedua-dua tertuduh berhadapan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan mengedar dadah pada 1 Februari lalu. - Gambar Astro AWANI

Niaga AWANI: Pasaran AS | Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
![[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak [TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899551/8967789641618278513442_640x360.jpg)
[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak

AWANI Pagi: Cari keberkatan dalam kesederhanaan
Sekali lagi kita berpuasa di saat pandemik dan norma baharu yang ketika ini bagai lumrah Apa tips kesihatan dan amalan yang baik dalam kita menempuhi bulan penuh keberkatan ini? Selebriti Selasa bersama Mizz Nina dan Imam Muda Asyraf untuk membicarakan topik ini #AWANIPagi #BukaLembaranBaharu #IlhamRamadan

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899544/15146776071618275677028_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Ramadan: Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga 6 pagi - Audio tular: Anwar sindir Azmin sememangnya pandai bab video, audio #AWANInews #BukaLembaranBaharu

Aliran trafik masuk sempadan Kelantan terkawal pada awal Ramadan
Aliran trafik memasuki sempadan Kelantan terkawal walaupun berlaku sedikit peningkatan kenderaan menjelang satu Ramadan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

2 sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati
Hakim membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan mereka terbabit menyebabkan kematian Thomas Ooi Choon Chai, 37.

Dua lelaki ditahan miliki senapang angin buatan sendiri
Superintendan Baharudin Abdullah berkata, tangkapan dua suspek berkenaan dilakukan kira-kira 4.20 petang, Rabu lalu.

Edar dadah: Dua sahabat bakal ke tali gantung
Kedua-dua sahabat itu hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Dua sahabat ditahan selepas baru ambil dadah untuk dijual
Kedua-dua mereka yang juga tokan dadah ditahan bersama sejumlah barangan larangan itu ketika cuba melintasi sekatan jalan.

Dua sahabat karib dituduh bunuh Raju
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas tuduhan membunuh sahabat baik mereka, dua minggu lalu.

Polis tahan dua rakan suspek kes samun bersenjata di Kampung Gajah
Polis menahan dua sahabat yang disyaki menyamun dengan menggunakan senjata di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Nibong, Kampung Gajah di sini petang Rabu.

Dua sahabat lemas ketika mandi di Air Terjun Bukit Raja
Dua sahabat lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau pada Ahad.

Dua sahabat mengaku tidak bersalah miliki 'MC' palsu
Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Ayer Keroh, di sini atas pertuduhan memiliki sijil cuti sakit klinik kesihatan palsu.