awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Abbas harap 2026 bawa kemajuan penyelesaian konflik Palestin
Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden - Razlan
Pihak berkuasa Afrika Selatan tutup Taman Negara Kruger akibat banjir besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar ganja 89kg, tukang masak dan penoreh getah dihadap di mahkamah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/05/2019
06:46 MYT
Edar ganja 89kg, tukang masak dan penoreh getah dihadap di mahkamah
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. - Astro AWANI
Penoreh getah dan tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada selasa atas tuduhan mengedar kanabis (ganja) lebih 89 kilogram (kg).
Tertuduh, Mohd Zulkhiri Awang Kechik, 31, dan Bibi Zaidaa Abu Bakar, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar kanabis seberat 89,700 gram (89.7kg) di pekarangan Balai Polis Langgar, Kota Setar, kira-kira pukul 7 pagi, 24 April lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Mat Shah, manakala kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili peguam, G. Shanmugam dan R. Thevan.
Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pada 26 April lalu, Astro AWANI melaporkan lima ahli sindiket pengedaran dadah termasuk seorang warga emas dan dua orang wanita ditahan polis dalam serbuan berasingan di negeri ini dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Hasil serbuan tersebut, polis berjaya menemukan 94 ketul ganja yang disorokkan di bahagian bawah sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang telah diubah suai, dinaiki seorang lelaki dan wanita berdekatan persimpangan lampu isyarat Tanjung Musang, Pokok Sena.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#edar ganja
#kanabis
#kes dadah
#kes mahkamah
#marijuana
#pendakwaan
#penoreh getah
#Tertuduh
#tukang masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan