awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri

Bernama
Bernama
04/12/2023
07:10 MYT
Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri
Hakim Datuk Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. - Gambar hiasan
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram dadah pada 2021.
Hakim Datuk Lim Hock Leng membuat keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Tai didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 199,950.1 gram di Kampung Batu Payung, Tawau, pada 7.30 pagi, 6 Sept 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Seramai lima saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan pada 27 dan 28 Nov lepas.
Mahkamah menetapkan esok (5 Dis) untuk tertuduh membela diri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Acok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar dadah
#keputusan mahkamah
#bela diri
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan