awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
JBPM laksana lebih 800 operasi menyelamat, pindah mangsa banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Editor Sarawak Report tidak hadir pertuduhan, mahkamah keluar waran tangkap

Bernama
Bernama
23/09/2021
09:05 MYT
Editor Sarawak Report tidak hadir pertuduhan, mahkamah keluar waran tangkap
Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Clare Rewcastle-Brown. - Gambar fail/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, kerana gagal hadir pada pertuduhan berkaitan kes mengeluarkan fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, yang berumur 62 tahun itu.
Nordiana kemudian menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli.
Rewcastle-Brown dijadual dituduh hari ini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku 'The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose'.
BACA: Saman fitnah: Empat termasuk Sultanah Nur Zahirah akan beri keterangan
BACA: Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov
Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku 'The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose' dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.
Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak Report
#Sultanah Terengganu
#1MDB
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan